08 Mei 2008
Jujur dalam membaiki komputer.
Aku boleh kaitkan benda ni dengan membaiki komputer jugak. apabila kita hantar komputer ke kedai komputer, mereka yang tidak jujur akan mengambil komponen barang komputer kita yang power, laju, dan tukar dengan barang yang low. macam contoh kawan aku yang hantar komputer dia ke kedai komputer sekitar kawasan rumah dia. apabila. komputer dia telah dibaiki. tapi bila dia gunakan komputer tersebut, dia dapati komputer dia sangan lambat berbanding sebelumnya.
Aku cheak komputer dia. Aku tengok senarai barang2 sewaktu membeli komputer tersebut. prosesor pentium4, hardisk 80GB, ram 1G. member aku diberitahu oleh tokey kedai komputer bahawa komputernya rosak hardisk dan hardisknya diganti dengan hardisk 60GB sahaja dan format. tapi bila aku check komputer dia, proseser pentium3, ram 256MB!!!
Kedai komputer tersebut telah menghilangkan diri x tau pindah ke mana.. so walaupun kita x tau sangat tentang komputer, paling kurang kita tau ape yang ada dalam komputer kita.
Beli komputer baru atau membaiki komputer lama.
Baru-baru ni aku membaiki komputer client. masaalahnya adalah hardisk yang sudah kong dan ram yang perlu ditukar. komputer yang aku baiki dalah jenis komputer lama. almaklum la kalau kita nak dapatkan component komputer lama ni. setakat hardisk ni x jauh sangat beza harga. bukan nak beli jenis sata pun. tapi bila tang ram, ni kena jelaskan kat owner secara detail. sebab komputer lama ni guna ram SDRAM. sekarang ni susah sangat nak dapat SDRAM. kalau ada pun dengan harga yang tinggi. harga SDRAM 512MB 133Hz sekarang RM 170. Berbanging kalau DDRM 1GB baru RM70.
aku bagitau owner yang kalau nak dapatkan component komputer jenis lama memerlukan budjet yang tinggi. kerana komponent lama susah nak cari sekarang. mujur ram yang rosak. kalau motherboard?? aku akan prefer client untuk beli komputer baru kalau problem motherboard. sekarang kalau gune komputer baru pun boleh dapat dlm RM400. component ganti pun murah. sesetengah pembaiki komputer x akan cakap bnd ni kat client. sebab risau client x akan beli komputer melalui dia. mereka akan membaiki komputer yg lama dan cuba dapatkan alat ganti dengan harga yang tinggi. Tu terpulang kepada masing2.
07 Mei 2008
Hanya RM 25 sahaja
owner tu pergi ambik duit dan datang semula pada saya. tapi amat mengejutkan apabila dia menghulurkan RM 250! saya jelaskan balik yg sy cuma charge 25 sahaja. owner tu tergelak.(sebab kalau x, hangus RM 225).
Dalam perjalanan balik dari repair komputer, saya pikir balik ape yg berlaku tadi.... hehehehe... rase2 berbaloi x?