Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

27 November 2016

Bagaimana hendak menambah item dalam senarai Send To???


Bagaimana hendak menambah atau membuang senarai item di dalam SendTo Shortcut.

Anda click kanan pada mana-mana fail, Pergi ke Send To.Fail akan dihanter ke distinasi yang dipilih. Ia dapat memudahkan kerja kita dari meng copy dan paste. Pilihan yang ada hanya :

  • Compressed (zipped) Folder
  • Desktop (create shortcut)
  • Mail Recipient
  • My Documents

Bagaimana hendak menambah item dalam senarai Send to???
1. Start > Run > taip

shell:sendto

2. akan keluar folder Send To. Isikan shortcut kedalam folder tersebut.

3. Untuk membuat shortcut, Copy mana-mana distinasi folder yang anda ingin letakkan, Paste Shortcut ke dalam folder send to.

23 April 2008

Membersihkan PC

Anda boleh menjimatkan kos membaik pulih komputer anda apabila anda membersihkan / mencuci komputer anda sendiri. Ini kerana komputer yang bersih dari habuk dan debu akan mengurangkan risiko kerosakan komputer. Kerana debu dan kotoran mempunyai sedikit kondukter static yang akan melintas arus elektrik pada komponen komputer anda.

Kadang-kadang terdapat bahan-bahan yang lagi merbahaya seperti klip kertas yang tanpa kita sedari ada dalam PC kesayangan kita. Sekarang anda nampak x petapa pentingnya membersihkan PC. paling malas pun sebulan sekali la.. Opss... lagi satu, debu yang tebal juga akan menyebabkan suhu komputer anda meningkat. suhu yang panas juga akan merosakkan komputer. saya pernah membaiki komputer yang apabila dibuka casing... fuh! mcam hutan amazon la. ade labah2, sarang, telur cicak, debu 3 inci! sesak nafas kejap. tu mahu 5 tahun x buka casing. So... SAYANGILAH PC ANDA.














Untk membersihkan PC, ikut langkah2 ni:

1. Jangan letak komputer anda diatas lantai. letakkan di atas meja yang bersih dan kering. pastikan juga luas dan senang untuk meletakkan skru.
2. Off computer, Unplug kan semua cable2.
3. Sediakan alas untuk isi kotoran, jika anda tidak mahu mengotorkan meja.
4. Pastikan keadaan sekeliling tidak basah atau bertiup angin yang kuat.
5. Anda boleh gunakan pembersih vakum yang kecil (jangan gune vacum lantai umah!)
6. Gunakan penyembur angin jika ada.
7. Jangan sesekali membersihkan komponen menggunakan kain yang lembab. (kononnya nak bagi kilat).
8. Berhati-hati ketika hendak minum atau makan sekitar komputer. kalau boleh, jauhkan.