28 November 2016

Free sistem akaun untuk perniagaan

Bagi mereka yang baru memulakan perniagaan mesti rungsin sebab banyak perkara yang perlukan modal. Semestinya anda mahukan perkara yang percuma dan murah untuk permulaan. Dan memasang niat untuk gunakan yang berbayar dan terbaik apabila mendapat keuntungan yang banyak.

Disini saya kongsikan anda 1 software online yang percuma sesuai untuk anda gunakan untuk kemaskini akaun anda.

Software Waveaccounting
Inilah software waveaccounting. Anda boleh layari di pautan berikut: www.waveapps.com
Anda hanya perlu daftar dan log masuk. Ianya 100% percuma. Cuma biasa la, mereka bagi anda percuma, mereka juga perlu menjana pendapatan bagi penambah baikan sistem mereka. Mereka akan memasukan iklan didalam laman web mereka.

Disini saya tidak dapat untuk berikan gambar sistem di dalam sebab terlalu banyak maklumat sulit perniagaan saya. Maklumla, business juta-juta. hehehe..

Dengan adanya sistem akaun ini, pengurusan akaun untuk perniagaan anda akan lebih terurus. Saya sarankan anda mula dari awal seawal anda menubuhkan syarikat. Jika anda telah jalankan perniagaan, anda tidak mempunyai sistem akaun, keburukannya:

  • Anda susah untuk buat pinjaman perniagaan
  • Anda susah untuk dapatkan pelabur
  • Anda akan mengalami permasalahan kewangan disebabkan penggunaan duit melebihi keperluan
  • Jika anda syarikat Sdn Bhd, anda akan mengalami masalah yang lebih besar. Akaun anda perlu diaudit.
Saya rasa tidak perlu cerita panjang lebar tentang pengurusan perniagaan. Maklumat lanjut tentang perniagaan boleh ke blog perniagaan yang team saya baru wujudkan di http://smebiztransformer.blogspot.my

Selamat menggunakan sistem akaun. Mulakan lankah pertama anda di sini.

27 November 2016

Bagaimana hendak menambah item dalam senarai Send To???


Bagaimana hendak menambah atau membuang senarai item di dalam SendTo Shortcut.

Anda click kanan pada mana-mana fail, Pergi ke Send To.Fail akan dihanter ke distinasi yang dipilih. Ia dapat memudahkan kerja kita dari meng copy dan paste. Pilihan yang ada hanya :

  • Compressed (zipped) Folder
  • Desktop (create shortcut)
  • Mail Recipient
  • My Documents

Bagaimana hendak menambah item dalam senarai Send to???
1. Start > Run > taip

shell:sendto

2. akan keluar folder Send To. Isikan shortcut kedalam folder tersebut.

3. Untuk membuat shortcut, Copy mana-mana distinasi folder yang anda ingin letakkan, Paste Shortcut ke dalam folder send to.

20 Februari 2009

Arghhhh... Dokumen hilang!!

Arghhhh... Dokumen hilang!!... ayat ni yang selalu kita dengar. Ia terjadi apabila komputer anda rosak. So, kepada yang mempunyai komputer peribadi sendiri perlua ada persediaan untuk menghadapi kemungkinan ini.
  1. Buat backup data di pendrive atau cd.
  2. Seeloknya simpan data di Local Disk D, atau partition yang selain partition system komputer.
  3. Elakkan terhentak komputer atau laptop. Kerana hardisk adalah hardware yang sensetif.
  4. Jika ada orang lain mahu pinjam komputer, berikannya user account yang lain.
  5. Gunakan UPS atau backup beterry untuk support power elektrik anda. Kalau tetiba elektrik x ada, komputer anda masih boleh digunakan dalam masa 5 - 30 minit. Sempat la nak save dokument.
  6. Untuk komputer yang low spec, atau berkeupayaan rendah, jangan beratkan komputer anda dengan data dan software program.
Kepada mereka yang ada rakan - IPT yang tengah siapkan assigment/ tesis, Pekerja yang tengah siapkan projek, mereka yang tengah mengarang buku... forwordkan blog ini kepada mereka. Supaya tidak menyesal di kemudian hari..

19 Februari 2009

Tips buka file dari pendrive.



Virus sekarang sukar hendak dibendung. Walaupun ada antivirus yang berbayar sekalipun, komputer kita tetap akan mengahadapi kerosakan akibat dari virus yang durjana. Antara tips untuk membuka file yang ada didalam pendrive adalah (Pengguna Windows XP):

  • Buka My Computer
  • Click Folders
  • Click pada file yang anda mahu buka.

Kenapa kena click folders?? kerana kebiasaan jangkitan virus melalui pendrive, dia ada satu file nama autorun.inf. file ini kalau kita doubleclick pada icon pendrive, secara aotomatik virus akan menular masuk dalam komputer kita. Ok. Jumpa pada tips akan datang!!

08 Mei 2008

Jujur dalam membaiki komputer.

Bad mood jugak aku hari ni. Kereta aku problem kat tengah jalan waktu malam. pening2. problem betary dgn tangki radiator bocor. mujur ade makenik tolong bt jumper. kete aku dihantar ke workshop dia. nak repair radiator tu. sambil tu aku borak2 dgn makenik tu. tempat repair kereta sekarang bnyak yang x jujur. diorang menggantikan barang dalam kereta kita dengan barang yang second hand. lepas keluar dari workshop kereta memang ok. bila dah lama, problem balik. sebab barang asal kereta telah digantikan dengan barang yang x elok. barang asal kereta kita dijual kot...

Aku boleh kaitkan benda ni dengan membaiki komputer jugak. apabila kita hantar komputer ke kedai komputer, mereka yang tidak jujur akan mengambil komponen barang komputer kita yang power, laju, dan tukar dengan barang yang low. macam contoh kawan aku yang hantar komputer dia ke kedai komputer sekitar kawasan rumah dia. apabila. komputer dia telah dibaiki. tapi bila dia gunakan komputer tersebut, dia dapati komputer dia sangan lambat berbanding sebelumnya.

Aku cheak komputer dia. Aku tengok senarai barang2 sewaktu membeli komputer tersebut. prosesor pentium4, hardisk 80GB, ram 1G. member aku diberitahu oleh tokey kedai komputer bahawa komputernya rosak hardisk dan hardisknya diganti dengan hardisk 60GB sahaja dan format. tapi bila aku check komputer dia, proseser pentium3, ram 256MB!!!

Kedai komputer tersebut telah menghilangkan diri x tau pindah ke mana.. so walaupun kita x tau sangat tentang komputer, paling kurang kita tau ape yang ada dalam komputer kita.

Beli komputer baru atau membaiki komputer lama.

Baru-baru ni aku membaiki komputer client. masaalahnya adalah hardisk yang sudah kong dan ram yang perlu ditukar. komputer yang aku baiki dalah jenis komputer lama. almaklum la kalau kita nak dapatkan component komputer lama ni. setakat hardisk ni x jauh sangat beza harga. bukan nak beli jenis sata pun. tapi bila tang ram, ni kena jelaskan kat owner secara detail. sebab komputer lama ni guna ram SDRAM. sekarang ni susah sangat nak dapat SDRAM. kalau ada pun dengan harga yang tinggi. harga SDRAM 512MB 133Hz sekarang RM 170. Berbanging kalau DDRM 1GB baru RM70.

aku bagitau owner yang kalau nak dapatkan component komputer jenis lama memerlukan budjet yang tinggi. kerana komponent lama susah nak cari sekarang. mujur ram yang rosak. kalau motherboard?? aku akan prefer client untuk beli komputer baru kalau problem motherboard. sekarang kalau gune komputer baru pun boleh dapat dlm RM400. component ganti pun murah. sesetengah pembaiki komputer x akan cakap bnd ni kat client. sebab risau client x akan beli komputer melalui dia. mereka akan membaiki komputer yg lama dan cuba dapatkan alat ganti dengan harga yang tinggi. Tu terpulang kepada masing2.

07 Mei 2008

Hanya RM 25 sahaja

Hari ni saya telah repair sebuah komputer client. yang saya repair hanyalah buang windows gennue, install antivirus avg, updatekan antivirus, betulkan device(usb), repair setting regedit, buang spyware, freekan ruang hardisk. agak lama juga saya repair. dari kul 8.30 ke kul 10. saya waktu tu pening kepala jap(baru balik dari keje). so owner tanye, berape hinggit? saya tanpa pikir2 memberitahu RM 25 je. berbaloi x?

owner tu pergi ambik duit dan datang semula pada saya. tapi amat mengejutkan apabila dia menghulurkan RM 250! saya jelaskan balik yg sy cuma charge 25 sahaja. owner tu tergelak.(sebab kalau x, hangus RM 225).

Dalam perjalanan balik dari repair komputer, saya pikir balik ape yg berlaku tadi.... hehehehe... rase2 berbaloi x?

24 April 2008

Kalau dah dimasuki virus..

1. Komputer anda akan menjadi pelahan
Komputer anda akan menjadi pelahan kerana virus tersebut sedang melakukan kerja-kerja jahat seperti mengeluarkan iklan2 lucah, menceroboh data, merosakkan setting komputer, dan yang paling mnyedihkan membuat anda termenung dihadapan screen gelap.

2. Proses Start Up menjadi pelahan
Sebelum ni komputer anda start dengan cemerlangnya.. tetapi apabila dimasuki virus, anda boleh habis kopi panas secawan menunggu ia boleh digunakan. Virus tersebut sedang menjalankan programnya dan menganggu system anda.

3. Antivirus/ software x boleh install / update
antivirus tersebut menghalang anda menginstall antivirus, apetah lagi mengupdate. kerana takut dia akan dimusnahkan. Kadang-kadang software pun dihalangnya daripada install.

4. Folder Options hilang..
Sebelum ni saya ada memberitahu apekah folder options.. Jika kita boleh lihat hidden file, so virus tersebut akan kantoi dilihat oleh kita.

5. Registry x boleh buka.
Jika anda click Start > Run > taip regedit, virus tersebut akan menhalang anda daripada membukanya. Registry juga dapat membetulkan semula kerja kotor virus.

6. Menghalang sesetengah software daripada Print
virus tersebut mengawal printer komputer anda. virus akan menghalang anda daripada print.... Nakal betul!

7. Web Broser dipenuhi iklan-iklan dan bahan lucah.
Apabila kita buka web browser (contoh internet explorer), tetiba je keluar iklan-iklan yang tidak diingini dan mengganggu kerja kita.

8. Kita pulak yang bersalah?
Kawan kita mengatakan yang kita menghantar virus melalui e-mail atau chatting room (contoh yahoo messenger).

ADAKAH KOMPUTER ANDA DIJANGKITI VIRUS???

23 April 2008

Membersihkan PC

Anda boleh menjimatkan kos membaik pulih komputer anda apabila anda membersihkan / mencuci komputer anda sendiri. Ini kerana komputer yang bersih dari habuk dan debu akan mengurangkan risiko kerosakan komputer. Kerana debu dan kotoran mempunyai sedikit kondukter static yang akan melintas arus elektrik pada komponen komputer anda.

Kadang-kadang terdapat bahan-bahan yang lagi merbahaya seperti klip kertas yang tanpa kita sedari ada dalam PC kesayangan kita. Sekarang anda nampak x petapa pentingnya membersihkan PC. paling malas pun sebulan sekali la.. Opss... lagi satu, debu yang tebal juga akan menyebabkan suhu komputer anda meningkat. suhu yang panas juga akan merosakkan komputer. saya pernah membaiki komputer yang apabila dibuka casing... fuh! mcam hutan amazon la. ade labah2, sarang, telur cicak, debu 3 inci! sesak nafas kejap. tu mahu 5 tahun x buka casing. So... SAYANGILAH PC ANDA.














Untk membersihkan PC, ikut langkah2 ni:

1. Jangan letak komputer anda diatas lantai. letakkan di atas meja yang bersih dan kering. pastikan juga luas dan senang untuk meletakkan skru.
2. Off computer, Unplug kan semua cable2.
3. Sediakan alas untuk isi kotoran, jika anda tidak mahu mengotorkan meja.
4. Pastikan keadaan sekeliling tidak basah atau bertiup angin yang kuat.
5. Anda boleh gunakan pembersih vakum yang kecil (jangan gune vacum lantai umah!)
6. Gunakan penyembur angin jika ada.
7. Jangan sesekali membersihkan komponen menggunakan kain yang lembab. (kononnya nak bagi kilat).
8. Berhati-hati ketika hendak minum atau makan sekitar komputer. kalau boleh, jauhkan.

Num Lock sedia On apabila komputer dihidupkan

Apabila anda on computer, dan ingin memulakan sebarang kerja, anda terpaksa menekan num lock dahulu apabila anda ingin click nombor. menyusahkan x? kan lebih mudah apabila komputer anda dah on kan num lock siap-siap. Ok. Caranya ada 2.
  1. Menggunakan registery
    1. Start > Run > taip regedit32.exe
    2. Cari pada sebelah kiri 'HKEY_USERS\.Default\Control Panel\Keyboard'
    3. Tukar nilai pada 'InitialKeyboardIndicators' dari 0 kepada 2
  2. Menggunakan notepad
    1. buka notepad
    2. copy dan pastekan ke dalam notepad:
set WshShell = CreateObject("WScript.Shell")
WshShell.SendKeys "{NUMLOCK}"


3. Save kan sebagai '
num.vbs'. letakkan file tersebut pada C:\Documents and Settings\All Users\Start Menu\Programs\Startup

OK. restart komputer anda.

Tukar nama Recycle Bin...

Cuba anda rename recycle bin sepertimana anda rename folder atau fail. boleh? Nak tukar recycle bin jadi tong sampah bucuk ke.. Sebenarnya boleh, tapi ada caranya. Ianya senang dan menarik, tetapi memerlukan sedikit perubahan pada registry windows...

1. Click Start > Run>

2. Taip regedit

3. Pada sebelah kiri cari HKEY_CLASSES_ROOT > CLSID > {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} > ShellFolder

4. Tukar yang sebelah kanan dari "40 01 00 20" ke "70 01 00 20".

5. Restart komputer anda.

apabila right click pada recycle bin, anda akan dapat lihat rename. Ape lg??

Antivirus free yang boleh dipercayai..

Berhati-hati kawanku.. X semua antirus yang ditawarkan di internet secara percuma, baik. Ada sesetengahnya menjadi 'virus' / sypware yg menjadikan komputer kita semakin parah. So, berhati-hatilah memilih antivirus yang free. Antivirus yang berbayar pun sekarang dah jatuh harga. Antara antivirus yang boleh dipercayai :
Dan jangan lupe untuk sentiasa update. Virus sekarang macam-macam ada...

Tinggal beberapa hari je lagi...


17 April 2008

Komputer menjadi pelahan (Lembab)????


Komputer menjadi pelahan (Lembab)????

1. Pastikan komputer anda mempunyai paling kurang 500MB ruang kosong untuk hardisk.Jika ia kurang dari 500MB, komputer anda akan menjadi pelahan akibat menjalankan tugas seperti didalam ruang yang sempit. Untuk mengatahui jumlah ruang yang kosong dalam harddisk anda,

a) Buka My Computer
b) Click Kanan pada (C:) Local Disk
c) Click Properties
d) Pada Tab General, Lihat berapakah Free Space yang ada?

2.
Jalankan Microsoft Disk Cleanup dan Defragment unruk komputer anda. Caranya:

a) Start > All Program > Accessories > System tools > Click Disk Difragmenter dan;
b) Start > All Program > Accessories > System tools > Disk Cleanup

Disk Difragmenter bertujuan untuk menyusun semula fail2 yang berselerak akibat pelbagai proses dijalankan. Seperti ibarat menyusun buku di almari.
Manakala Disk Cleanup bertujuan untuk membuang fail2 yang memang tidak digunakan seperti Temporary Internet File.

3. Tutup program yang tidak digunakan atau buang (unistall) software2 yang tidak digunakan.

4. Click Start > Search dan Click For Files or Folders. Buat carian didalam Local Disk (c). Cari fail yang bernama *.tmp. apabila selesai mencari, buang fail yang tidak digunakan.

5. Pastikan tiada error atau masalah pada Device Manager. ini bertujuan untuk mengenal pasti hardware yang digunakan adalah berjalan lancar. Untuk melihatnya:

a) Click Kanan pada My Computer, Click Properties.
b) Click Tab Hardware, Click Device Mnager.
c) pastikan tiada simbol tanda seru atau pangkah.

6. Pastikan Window XP anda sentiasa Update

7. Pastikan komputer anda mempunyai driver yang terbaru untuk hardware.

8. Pastikan komputer anda mempunyai antivirus dan sentiasa update. ini bertujuan untuk membuang virus yang sentiasa datang. Tujuan update adalah untuk membuang virus yang telah baru dicipta. Jika tidak update, komputer anda hanya dapat mengesan virus yang lama. Salah satu kesan jangkitan virus adalah komputer menjadi lembab.

9.
Jika komputer anda terjadi satu perubahan yang tidak diingini atau merosakkan system komputer, anda boleh restore system komputer anda ke masa sebelumnya.

16 April 2008

NTLDR Missing error ????

Related errors:

Berikut adalah messages penuh yang mungkin keluar apabila komputer sedang dihidupkan.

NTLDR is Missing
Press any key to restart

Boot: Couldn't find NTLDR
Please insert another disk

NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart

Punca:

  1. Komputer di boot dari punca yang tidak boleh diboot. Maksudnya jika komputer anda boot dari harddisk, hardisk anda mungkin ada masalah dan tidak boleh dipakai(rosak).
  2. Komputer anda boot dari device yang system bootnya sudah rosak.
  3. Hard disk komputer anda tidak di setupkan di BIOS.
  4. Fail NTLDR atau NTDETECT>COM di dalam Windows anda rosak(Corrupted)
  5. Terdapat salah faham didalam system terhadap fail boot.ini
  6. Upgread version komputer anda dari Windows 95,98 atau ME menggunakan FAT32.
  7. Terdapat hard disk baru ditambah atau ditukar.
  8. Boot sector / master rosak untuk direkodkan (pada hard disk)
  9. Version Windows 2000 atau Windows XP anda rosak.
  10. Terdapat kerosakan pada cable IDE/EIDE yang mnyambung dari motherboard (papan induk litar) ke hard disk.

Penyelesainnya:

Untuk pengguna Windows XP:

1. Masukkan CD Bootable Windows XP ke dalam komputer. (Pastikan first booting adalah dari CD ROM)
2. Apabila keluar press any key to boot from the CD , tekan sebarang kekunci dari keyboard. Contoh: Enter.
3. Apabila keluar menu install Windows XP, tekan "R" untuk membaiki Windows.
4. Mauk ke pengistalan Windos dengan tekan "1" dan Enter.
5. Jika diminta Password, isikan password komputer anda.
6. Salin (copy) 2 fail dibawah dari CD-ROM, contoh "E:" ke harddisk system anda. Contoh "C:". ia mungkin berbeza mengikut ketentuan komputer anda.
**dibahagian ini mungkin agak sukar sedikit, jika ada masalah hantar e-mail ke saya.

copy e:\i386\ntldr c:\
copy e:\i386\ntdetect.com c:\

7. Apabila file tersebut telah siap di salain (cpoy), keluarkan CD dari komputer anda dan restart semula.

CMD (Command Prompt) diblock (diseble)

Copy perkataan dibawah dan pastekan di Start>Run, dan click OK.

REG add HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f

Virus yang mengubah setting computer anda

Berikut adalah virus yang mengubah file regedit.exe / msconfig.exe / taskmgr.exe:

  • W32.HLLW.Kefy
  • Backdoor.IRC.Yoink.A
  • W32.HLLW.Cydog@mm
  • Backdoor.Volac.dr
  • W32.Kwbot.R.Worm
  • W32.Erkez.B@mm
  • W32.Spybot
  • W32.Mytob.LD@mm







Virus ini pula akan mebuang (delete) file Regedit.exe, Regedt32.exe, Msconfig.exe, Taskmgr.exe:

  • W32.Petch.B
  • W32.HLLW.Maax.B@mm

Mnyelesaikan masalah RVHOST.exe






1. Click Start > Run.
2. Taip regedit
3. Click OK.

Nota: Jika regedit tidak boleh buka, sila baca artikal bagaimana untuk enable regedit.

4. Cari subkey berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

5. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Shell" = "Explorer.exe " RVHOST.exe"

6. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run

7. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Yahoo Messengger" = "%System%\RVHOST.exe"

8. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\WorkgroupCrawler\Shares

9. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"shared" = "[SHARED DRIVE]\New Folder.exe"

10. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System

11. Di sebelah kanan, tukar value yang sedia ada kepada value asal yang telah virus tersebut tukar.Ubah supaya menjadi berikut:

"DisableTaskMgr" = "0"
"DisableRegistryTools" = "0"

12. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer

13. Di sebelah kanan, tukar value yang sedia ada kepada value asal yang telah virus tersebut tukar.Ubah supaya menjadi berikut:

"NofolderOptions" = "0"

14. Cari subkey berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Schedule

15. Di sebelah kanan, tukar value yang sedia ada kepada value asal yang telah virus tersebut tukar.Ubah supaya menjadi berikut:

"AtTaskMaxHours" = "0"

16. Cari subkey berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion

17. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Run" = "BkavFw"

18. Cari subkey berikut:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion

19. Di sebelah kanan, buang value berikut:

"Run" = "IEProtection"

20. Tutup regestry. Restart Komputer anda.

Buang Virus "hahajs"

A
1) Masuk Regedit
2) Pilih "Hkey_Current_User\Software\Microsoft\windows\Currentversion\run"
3) Delete "/silent" kalau ada.

B
1) Masuk Folder option (My Computer>Tools>Folder Options...>)
2) Clear (Kosongkan) "Hide protected operating system files"
3) Tick (Tandakan) "Show hidden files"
4) CTRL+ALT+DEL >> Processes >> cari "Wscript.exe" >> End Process
5) Start >> Search... >> Cari haha.js dan delete setelah dapat diberkas.

C
1) Run msconfig (Start>Run>Taip "msconfig")
2) Disable startup berkaitan haha.js dan wscript.exe

(Sumber diperolehi dari JWG Underground Resource)

Tak boleh bukak task manager?

setiap masa kita didatangkan dengan perlbagai masalah komputer.kalau problem tu datang dari kesilapan kite, xpe jugak.ni disebabkan virus yang x abis2 menyebabkan komputer kita lembab, kluar popup yang x dikehendaki dan kerosakan yang menyakitkan ati. tensyen kan? diorang yang buat virus ni xde keje lain ke ha...? kita ambik keputusan dengan mencari antivirus yang terbaik.ape pun jenis antivirus dan antispyware yang diinstall, yang penting kita updatekan dia.kalau pakai antirus yang mahal2 pun, tapi x update, virus tetap masuk dalam komputer kite. nak update pun satu hal.bagi yang xde internet terpaksa la mencari jugak kat internet.papepun yang penting update K. bagi komputer yang sudah rosak(software) yang disebabkan virus, maybe saya boleh membantu sedikit dengan pengalaman yang saya ade. walaupun virus yang jahat tu telah ditangkap, tapi antivirus x boleh nak membaiki kerosakan window kita.

kebiasaanya apabila kita mahu tengok program yang sedang berjalan dalam komputer, kita tengok task manager. task manager boleh didapati apabila kita right click kat taskbar, and click
task manager. tapi hampeh bila link tu dah di disablekan.ataupun click serentak ctrl + alt + delete.tapi mengecewakan apabila keluar task manager has been disable by your administrator.
So macamna?

1. korang click start/ run/ taip ataupun copy & paste
"REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f".

2. Cuba try buka task manager balik.. klau x boleh jugak, tu computer dah kritikal and pada masa akan datang saya akan bagi lagi tips2 yang berguna. K. Bye.


regedit rosak jugak....


Fungsi regedit adalah untuk mengubah setting pada windows.. seperti contoh kita nak perkataan start menjadi mula. tapi caranya agak susah dan pengatucara komputer boleh memahami dan mengubahnya. Sesetengah virus yang telah masuk ke dalam komputer kita telah mengubah setting pada regedit dan meng disablekan regedit supaya kita tidak boleh membetulkan balik setting yang telah dirosakkan. (jahat bangat). so, sebelum kita membaiki setting yang telah rosak, kita kena membetulkan regedit tu snd. jika kita click start/ run/ kita taip regedit, akan keluar popup your administrator has disable regedit. so macamana caranya?

1. buka notepad(start/run/ taip notepad). copy and paste ayat dibawah:

[version]
signature=$chicago$
[defaultinstall]
delreg=regedit
[regedit]
HKCU,Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System,"DisableRegistryTools"
HKLM,Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System,"DisableRegistryTools"
[End]

2. save sebagai regedit.inf pada desktop.
3. buka desktop, right click kat file regedit.inf tadi, click install.
4. cuba korang buka balik start/ run/ taip regedit. Boleh x?

Folder Option hilang-cammana nak tgk hidden file?



Ade folder atau file yang kita boleh hidden kan. Ia bertujuan supaya orang lain x boleh tgk file kita apabila kita pilih setting don't show hidden file. tapi bila virus menyerang komputer, kita dah x boleh show hidden file.ini disebabkan folder options hilang!!! ( ape tu? -buka my computer/ Tools/ Folder Options ade x? ...hilang?). macamana nak ada kan balik yang telah hilang tu???

1. ok.kite gunakan regedit (start/run/taip regedit).tapi berhati2.jangan silap kerana jika anda silap langkah, setting lain akan berubah.pada panel kiri, buka fail ini:-

My Computer\HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer

2. Di panel sebelah kanan, cari "NofolderOptions" = "1".
3. double click kat situ dan ubah no "1" kepada "0".
4. padam tetingkap regedit. ok x? Selamat mencuba.


Partition tak boleh double click? keluar "Open With"



Partition anda tak boleh buka melalui double click? kalau double click je dia akan kluar popup open with.. leceh betul. sebagai jalan penyelesaiannye kita guna right click, open. x pun kite buka guna address toolbar.

Ape yang berlaku???
komputer korang sebelum ini telah dimasuki virus. apebila virus tersebut telah dibuang mengunakan antivirus, file autorun tidak dibuang sekali.sebab autorun tidak dikenali oleh antivirus sebagai virus. so korang kena buang file autorun secara manual.


Macamna nak buat?? Ikut langkah2 ni:-

1. Buka My Computer > Click Tools > Folder Options > Click Tab View.
2. Pada advanced settings, Enable Show hidden file and folders.
3. click OK.
4. Buka partition drive C: atau D: melalui right click>open atau buka melalui address toolbar.
5. Nampak tak file autorun.inf?
6. Dengan rase geramnye korang boleh delete!

Kadang2 komputer korang x boleh buka Folder Options sebab virus tu dah menghilangkan setting Folder Options tersebut. So guna cara yang telah aku ajar sebelum ni OK?

Gud Luck! Cayok2.


Masalah Komputer Lembab

Mengatasi Masalah Komputer lembab

Dah x tahan dengan komputer yang sangat lambat. Untuk meng'upgread' ke lebih laju memerlukan sedikit ongkos. disini saya nak berkongsi bagaimana untuk mempercepatkan lagi kelajuan komputer...

1. Mempercepatkan ekses Folder (dengan men'disable'kan Last Access Update).

Jika anda memiliki banyak folder dan subdirectories, ekses ke setiap folder akan melambatkan lagi komputer anda. Ia dapat diselesaikan dengan mengupdate time stamp di registry, iaitu last access update untuk semua sub directory.

1. Start>Run>regedit
2. “HKEY_LOCAL_MACHINESystemCurrentControlSetContr olFileSystem”
3. Click bahagian kosong di sebelah kanan, click ‘DWORD Value’
4. Isikan DWORD Value dengan ‘NtfsDisableLastAccessUpdate’
5. Click kanan pada value, pilih ‘Modify’
6. Ubah data menjadi ‘1′
7. Klik ‘OK’

2. Disablekan bunyi loading Windows..

Windows akan membunyikan lagu tema dia seperti yang anda biasa dengar setiap kali menghidupkan komputer dan mematikannya. Bunyi tersebut akan melembabkan lagi komputer anda untuk loading. Untuk menghilangkan bunyi lagu tu dan ingin komputer anda terus masuk berjalan dengan segera, berikut langkah2nya:
1. Buka Control Panel
2. Click Sounds and Audio Devices
3. Click pada tab Sounds
4. Pilih “No Sounds” pada Sound Scheme
5. Click “No”
7. Click “Apply”
8. Click “OK”

3. Mempercepat Loading Windows Menu

Windows telah menetapkan masa untuk sesuatu menu keluar apabila di click.berikut cara untuk melajukan lagi masa untuk menu tersebut keluar:
1. Start>Run
2. Regedit>Ok
3. Cari “HKEY_CURRENT_USERControl PanelDesktop”
4. Pilih/Sorot “MenuShowDelay”
5. Klik kanan dan pilih “Modify’
6. Ketik angka “100″ (aslinya 400)
Angka 50-150 adalah kisaran yg baik, bisa disesuaikan dengan Mood anda

6. Mempercepat Loading Program.
Tweak kebiasaannya digunakan untuk menjalankan sebahagian program yang besar-besar. Kdangkala komputer kita menjalankan program tersebut dengan lambat dan kadang-kala ia tidak berjalan langsung.Ikuti langkah ini.

1. Click kanan pada icon/shortcut yg berkaitan dengan program.
2. Click properties
3. Pada kotak ‘target’, tambahkan ‘ /prefetch:1′ di hujung ayat.
4. Klik “Ok”

7. Mempercepat Shutdown Windows XP.
Kita terpaksa menunggu lama untuk komputer tutup.Bimbang jika dibiarkan, komputer tidak dapat tutup seperti yang diharapkan dan akan terbiar macamtu sahaja. Untuk mempercepatkan lagi masa Shutdown Win XP seperti berikut:
1. Start>Run
2. ‘Regedit’>OK
3. ‘HKEY_CURRENT_USERControl PanelDesktop’
4. Cari ‘WaitToKillAppTimeout’
5. Click kanan dan pilih modify
6. Ubah value menjadi ‘1000′ (aslinya 20000)
7. Click ‘OK’
8. Cari ‘HungAppTimeout’
9. Klik kanan dan pilih modify
10. Ubah value menjadi ‘1000′
11. Click ‘OK’
12. ‘HKEY_USERS.DEFAULTControl PanelDesktop’ sorot WaitToKillAppTimeout’
13. Click kanan dan pilih modify
15. Ubah value ke ‘1000′ (aslinya 20000)
16. Click ‘OK’
17. ‘HKEY_LOCAL_MACHINESystemCurrentControlSetContr ol’ cari ‘WaitToKillServiceTimeout’
19. Click kanan dan pilih modify
20. Ubah value menjadi ‘1000′
21. Click ‘OK’