Disini saya kongsikan anda 1 software online yang percuma sesuai untuk anda gunakan untuk kemaskini akaun anda.
![]() |
Software Waveaccounting |
Anda hanya perlu daftar dan log masuk. Ianya 100% percuma. Cuma biasa la, mereka bagi anda percuma, mereka juga perlu menjana pendapatan bagi penambah baikan sistem mereka. Mereka akan memasukan iklan didalam laman web mereka.
Disini saya tidak dapat untuk berikan gambar sistem di dalam sebab terlalu banyak maklumat sulit perniagaan saya. Maklumla, business juta-juta. hehehe..
Dengan adanya sistem akaun ini, pengurusan akaun untuk perniagaan anda akan lebih terurus. Saya sarankan anda mula dari awal seawal anda menubuhkan syarikat. Jika anda telah jalankan perniagaan, anda tidak mempunyai sistem akaun, keburukannya:
- Anda susah untuk buat pinjaman perniagaan
- Anda susah untuk dapatkan pelabur
- Anda akan mengalami permasalahan kewangan disebabkan penggunaan duit melebihi keperluan
- Jika anda syarikat Sdn Bhd, anda akan mengalami masalah yang lebih besar. Akaun anda perlu diaudit.
Saya rasa tidak perlu cerita panjang lebar tentang pengurusan perniagaan. Maklumat lanjut tentang perniagaan boleh ke blog perniagaan yang team saya baru wujudkan di http://smebiztransformer.blogspot.my
Selamat menggunakan sistem akaun. Mulakan lankah pertama anda di sini.
Artikel ni memang best! Selain WaveApps, anda boleh cuba Financio. Aplikasi ni dikira percuma bagi perniagaan kecil-kecilan. Yang paling best, bahasa tu boleh tukar jadi Bahasa Malaysia, lagi senang untuk guna.
BalasPadamhttps://financio.co/ms/malaysia-ms